sidr-main
  • Home
  • Gallery
  • Arkib Berita
  • LAWATAN PENANDAARASAN BAGI SISTEM PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN PAM DI BHG. PERKHIDMATAN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL, JPS IPOH, PERAK

LAWATAN PENANDAARASAN BAGI SISTEM PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN PAM DI BHG. PERKHIDMATAN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL, JPS IPOH, PERAK

JPS  Modified on PrintEmail

18 April 2019 - JPS Terengganu melalui BPME JPS Terengganu telah mengadakan lawatan Penandaarasan bagi Sistem Pengujian dan Pentauliahan Pam di Bhg. Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal (BPME), JPS Ipoh, Perak.

Seramai 15 orang kakitangan teknikal JPS Terengganu telah menyertai lawatan ini yang diketui oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP), BPME JPS Terengganu, En.Mohd Zul Atfi bin Zainuddin.

Objektif lawatan ini adalah untuk mempelajari dan pemantapan kemahiran teknikal bagi keadah pengujian pam yang dijalankan di BPME Ipoh. Bengkel Ujian BPME Ipoh telah dinaiktaraf dengan pelbagai system pengujian yang canggih dan sistematik. Hasil lawatan ini, JPS Terengganu melalui BPME JPS Terengganu boleh mengadaptasikan sistem dan kaedah pengujian yang digunakan di BPME Ipoh untuk dipraktikkan disini.

Bengkel Ujian dan Pentauliahan Pam di BPME Ipoh berupaya untuk mengikut pam berkapasiti sehingga 280 l/s. Sebanyak 3 komponen utama yang digunakan bagi sesi pengujian pam ini iaitu ;

  1. 1)Tangki air simpanan
  2. 2)Paip pengeluaran
  3. 3)Saluran sekunder

Jenis pam yang berupaya untuk di buat pengujian dan pentauliahan di situ adalah ;

  1. 1)Pam Selam elektrik
  2. 2)Pam Selam Hidraulik
  3. 3)End Suction Pam

Melalui lawatan ini, kakitangan tekanikal JPS Terengganu telah mempelajari pelbagai ilmu dan kaedah untuk melakukan Ujian dan Pentauliahan Pam. Sistem yang digunakan bagi pengujian Pam di BPME Ipoh ini telah mencapai standard antarabangsa yang mana boleh di buat penandaarasan kepada JPS Terengganu bagi pengujian pam banjir atau pengairan yang akan digunakan dibawah Projek di JPS Terengganu.

WhatsApp Image 2019 04 24 at 4.12.17 PM (2)