sidr-main

E-Bayaran Data Hidrologi

Dikemaskini pada CetakEmel

Permohonan untuk data hidrologi boleh dihantarkan kepada :

Pengarah 
Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi 
Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia 
Km 7, Jalan Ampang, 68000 Ampang, Kuala Lumpur. 
Fax: 03-4260 1279 
(u.p: Unit Pengurusan Maklumat) 
E-mail :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Peta Lokasi

Atau hubungi Pegawai yang bertugas untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan data hidrologi: 


En Salim b Abd Aziz 
(No.Telefon : 03-42895517 / 03-42895570)

Semua pengguna haruslah mengisi borang permohonan yang disediakan. Borang DI.1 atau Borang DI.2 ) boleh didapati dalam format word untuk dicetak. Selepas mengisi borang, pengguna boleh faxnya ke alamat diatas atau menghantarnya melalui email. Adalah disyorkan pengguna merujuk stesen inventori kami untuk menentukan stesen dan jangka masa perolehan data semasa proses mengisi borang. Jika data telah dibekalkan, pengguna mestilah mematuhi dengan syarat yang telah dikenakan seperti yang tertera dalam borang permohonan untuk agensi kerajaan/penyelidikan akademik atau projek swasta. Pengguna hendaklah mengemukakan borang maklumbalas pelanggan (boleh didapati dalam format word) melalui fax / e-mail / serahan tangan selepas memperolehi data.

Adakah data-data ini dikenakan bayaran?

Secara umum, Jabatan ini boleh mengenakan yuran kepada pengguna untuk pembekalan data kecuali untuk pembekalan data untuk projek kerajaan dan untuk tujuan penyelidikan dan akademik. Untuk kegunaan swasta sedikit caj dikenakan (Fees Order 1966) seperti dalam jadual dibawah. Yuran ini dikenakan untuk membiayai sebahagian kos penggunaan komputer dan bahan cetak. Pengguna dinasihatkan membawa media storan seperti CDR, thumb drive atau disket 3.5 inci untuk membuat salinan data.

eBayar Untuk Data Hidrologi Untuk Pemegang Akaun CIMB Sahaja 
Tatacara melalui perbankan Internet 
1. Dafter masuk CIMB Click akaun peribadi 
2. Klik pada Pay Bills pada menu sebelah kiri 
3. Pilih JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA bagi PAY IN LIST 
4. Masukkan : 
* Nama 
* No Syarikat / IC NO * Jumlah (RM) 
5. Klik CONFIRM untuk menghantar permohonan anda 
6. Klik PRINT untuk mencetak resit 
7. Resit diperlukan untuk bukti pembayaran

Jadual Yuran Dalam RM

Jenis Data Untuk 3 bulan dan ke bawah 3 bulan ke 1 tahun atau diantaranya Untuk sebarang tambahan tahun sehingga 10 tahun atau di antaranya Untuk sebarang tambahan tahun melebihi 10 tahun atau di antaranya
Hujan 50.00 100.00 50.00 tahunan atau di antaranya 25.00 tahunan atau di antaranya
Paras Air 155.00 310.00 155.00 72.50
Discharge Data (State-Discharge Curve of Derived Maps) 35.00 35.00 35.00 17.50
Discharge Data (Discharge Readings) 165.00 330.00 165.00 82.50
Sejatan 35.00 70.00 35.00 17.50