Semua pengguna perlu mengisi borang permohonan yang disediakan. Borang DI.1 atau Borang DI.2 ) boleh didapati dalam format word untuk dicetak. Selepas mengisi borang, pengguna boleh faxnya ke alamat diatas atau menghantarnya melalui email. Adalah disyorkan pengguna merujuk stesen inventori kami untuk menentukan stesen dan jangka masa perolehan data semasa proses mengisi borang. Jika data telah dibekalkan, pengguna mestilah mematuhi dengan syarat yang telah dikenakan seperti yang tertera dalam borang permohonan untuk agensi kerajaan/penyelidikan akademik atau projek swasta. Pengguna hendaklah mengemukakan borang maklumbalas pelanggan (boleh didapati dalam format word) melalui fax / e-mail / serahan tangan selepas memperolehi data.
Adakah data-data ini dikenakan bayaran?
Secara umum, Jabatan ini boleh mengenakan yuran kepada pengguna untuk pembekalan data kecuali untuk pembekalan data untuk projek kerajaan dan untuk tujuan penyelidikan dan akademik. Untuk kegunaan swasta sedikit caj dikenakan (Fees Order 1966) seperti dalam jadual dibawah. Yuran ini dikenakan untuk membiayai sebahagian kos penggunaan komputer dan bahan cetak. Pengguna dinasihatkan membawa media storan seperti CDRdan thumb drive untuk membuat salinan data
Jadual Harga Dalam RM
Jenis Data |
Untuk 3 bulan dan ke bawah |
3 bulan ke 1 tahun atau diantaranya |
Untuk sebarang tambahan tahun sehingga 10 tahun atau di antaranya |
Untuk sebarang tambahan tahun melebihi 10 tahun atau di antaranya |
Hujan |
50.00 |
100.00 |
50.00 tahunan atau di antaranya |
25.00 tahunan atau di antaranya |
Paras Air |
155.00 |
310.00 |
155.00 |
72.50 |
Data Discharge (State-Discharge Curve of Derived Maps) |
35.00 |
70.00 |
35.00 |
17.50 |
Data Discharge |
165.00 |
330.00 |
165.00 |
82.50 |
Sejatan |
35.00 |
70.00 |
35.00 |
17.50 |
e-Bayaran Untuk Data Hidrologi Untuk Pemegang Akaun CIMB Sahaja |
![]() |
Tatacara melalui perbankan Internet
1. Daftar masuk CIMB Click akaun peribadi
2. Klik pada Pay Bills pada menu sebelah kiri
3. Pilih JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA bagi PAY IN LIST
4. Masukkan :
* Nama
* No Syarikat / IC NO * Jumlah (RM)
5. Klik CONFIRM untuk menghantar permohonan anda
6. Klik PRINT untuk mencetak resit
7. Resit diperlukan untuk bukti pembayaran
Permohonan untuk data hidrologi boleh dihantarkan kepada :
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi
Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia
Km 7, Jalan Ampang, 68000
Ampang, Kuala Lumpur.
(u.p: Unit Pengurusan Maklumat)
Fax: 03-4260 1279
http://h2o.water.gov.my | Peta Lokasi Pejabat
Atau hubungi Pegawai yang bertugas untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan data hidrologi:
Abu Salim
(No.Telefon : 03-42895517)