sidr-main

Tender / Sebut Harga

NO. SEBUTHARGA : JPS.TR.PT(SH)1/2020(P)

JPS  Dikemaskini pada CetakEmel

KERAJAAN MALAYSIA

 
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
NEGERI TERENGGANU
jps
 

KENYATAAN SEBUTHARGA

  1. Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-

NO. SEBUTHARGA   :   JPS.TR.PT(SH)1/2020(P)

  TAJUK   :  KERJA-KERJA PENGAWALAN HAKISAN TEBING TANAH
                                                              PERKUBURAN ISLAM KG. PENGKALAN MARAS,DAERAH KUALA NERUS, TERENGGANU
 
 2.  Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai Sebutharga ini hendaklah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) & Bahagian      Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU), memegang Sijil Taraf Bumiputera, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Perakuan Pendaftaran yang masih sah          dalam Gred G3 di bawah salah satu bidang berikut :-
 
    Gred                       :           G3
    Kategori                  :           PEMBINAAN KEJURUTERAAN AWAM
    Pengkhususan         :           CE 2
 
3.Segala maklumat dan dokumen Sebutharga boleh didapati semasa waktu pejabat di Bahagian Pengurusan Kontrak, JPS Negeri Terengganu, Tingkat 6, Wisma Negeri mulai dari 1 Disember 2020 (SELASA).
4. Dokumen Sebutharga hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor yang membawa Sijil Pendaftaran ASAL (Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan CIDB dan Sijil BPKU Taraf Bumiputera) yang masih sah tempoh laku.

5.Kontraktor yang memasuki sebutharga diatas hendaklah mengeluarkan wang pos/wang kiriman pos berharga RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja )yang dibuat atas nama Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu sebagai bayaran dokumen sebut harga.

 6.Taklimat Sebutharga / lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan hanya kontraktor yang menghadiri taklimat / lawatan tapak dibenarkan mengambil dokumen Sebutharga. Kontraktor hendaklah melaporkan diri pada 30 November 2020 (ISNIN) jam 10.00 pagi di Lokasi Berhampiran Tanah Perkuburan Islam Kg Pengkalan Maras, Daerah Kuala Nerus, Terengganu. Hanya penama syarikat di dalam Sijil CIDB Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja boleh menghadiri taklimat sebutharga.

7.Sebutharga ini akan ditutup pada 07 Disember 2020 (ISNIN). Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Bahagian Pengurusan Kontrak,JPS Negeri Terengganu, Tingkat 6, Wisma Negeri tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada hari tersebut.

 

SHAARI BIN HARON                                                                          
Ketua Penolong Pengarah (BP2)                                                                          
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu.

jps   gov      terengganu   nre   jpa   mampu   msc   mdec   bpa