sidr-main

Bahagian Pantai

JPS  Dikemaskini pada CetakEmel

Objektif
1. Menyelesaikan masalah hakisan melalui kerja-kerja perlindungan persisiran pantai.
2. Memulihkan muara sungai bagi tujuan menyediakan laluan navigasi perikanan yang lebih baik.
3. Menyediakan Pelan Pengurusan Garis Pantai Bersepadu untuk seluruh negara menjelang tahun 2020 bagi menjamin pembangunan yang mampan.

Fungsi
1. Melaksanakan rancangan hakisan persisiran pantai untuk perlindungan semua kawasan persisiran pantai dalam kategori hakisan kritikal.
2. Melaksanakan kerja-kerja pembaikan kuala sungai yang dikategorikan di bawah keadaan kritikal untuk memudahkan navigasi.
3. Menyediakan perkhidmatan teknikal ke arah pelaksanaan pengurusan zon persisiran pantai.

kuala_besut_front_jpeg kuala_terengganu_left_jpeg

Piagam Pelanggan
1. Menyediakan reka bentuk struktur untuk perlindungan hakisan persisiran pantai dalam tempoh 6 bulan selepas semua data yang perlu diperolehi.
2. Memberi ulasan bagi laporan EIA dan pembangunan di kawasan zon persisiran pantai dalam masa 4 minggu yang ditetapkan oleh pelanggan.
3. Memberi maklumbalas terhadap semua aduan hakisan persisiran pantai dalam tempoh 48 jam.

Rational
Masalah hakisan persisiran pantai mengancam nyawa, harta benda dan aktiviti ekonomi. Oleh yang demikian program kawalan hakisan persisiran pantai perlu untuk mengurangkan ancaman-ancaman ini di kawasan yang terlibat.

jps   gov   1malay   terengganu   nre   jpa   mampu   msc   mdec   bpa