sidr-main

Fungsi Utama

JPS  Dikemaskini pada CetakEmel

FUNGSI-FUNGSI UTAMA JPS NEGERI TERENGGANU ::

PENGAIRAN DAN SALIRAN PERTANIAN

Membangun, mengendali dan menyelenggara kemudahan-kemudahan pengairan, saliran dan tebatan banjir serta menjalankan kerja pemeliharaan sungai bagi mendokong pembangunan dan kemajuan sektor pertanian, khususnya bagi faedah sektor pekebun-pekebun dan petani-petani kecil.

SALIRAN DAN TEBATAN BANJIR

Mengkaji, merancang dan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di kawasan bandar bagi mengurangkan kejadian banjir yang berlaku di negeri ini bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk dan mengurangkan kerosakan harta benda.

KEJURUTERAAN SUNGAI

Mengkaji, merancang dan melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai di Negeri Terengganu bagi penduduk-penduduk luar bandar dan bandar dengan melindungi nyawa, harta benda dan kawasan-kawasan pertanian serta menyediakan kemudahan rekreasi di sepanjang koridor sungai.

KEJURUTERAAN PANTAI

Memungut data-data mengenai kejuruteraan pantai untuk mengesan hakisan dan bagi kegunaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam perancangan dan rekabentuk projek-projek spesifik dan untuk tujuan penyelidikan. Menjalankan kerja-kerja mengawal dan mencegah hakisan pantai.

HIDROLOGI DAN SUMBER AIR

Mengumpul data hidrologi diseluruh negeri bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pengurusan sumber air yang dikendalikan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

KHIDMAT NASIHAT DAN SOKONGAN

Memberi ulasan terhadap permohonan pembangunan perumahan, menukar syarat kegunaan tanah, mengeluarkan tanah bukit dan perkara-perkara lain yang terlibat dengan Enakmen Air. Melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan awam / bangunan untuk agensi lain di bawah Kementerian.

jps   gov   1malay   terengganu   nre   jpa   mampu   msc   mdec   bpa