Pengenalan

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu ditubuhkan dalam tahun 1957 (dahulunya Jabatan Parit Dan Taliair). Ditadbir oleh Jurutera Parit Dan Taliair Terengganu/Kelantan.

Dari Sebuah Organisasi yang kecil dengan bilangan kakitangan yang kurang dari 100 orang, kini Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu telah mempunyai lebih 500 orang pegawai dan kakitangan. Pejabat JPS Negeri terletak di tingkat 6, Wisma Negeri, Kuala Terengganu dengan dibantu oleh JPS Daerah-daerah dan JPS Projek KETARA, Besut.

Di Ibu Pejabat JPS Negeri terdapat 6 bahagian yang membantu pihak pengurusan tertinggi iaitu Bahagian Pengairan Dan Saliran, Kejuruteraan Sungai Dan Pantai, Hidrologi Dan Khidmat Teknikal Serta Pentadbiran Dan Kewangan. Pengurusan Kejenteraan disediakan melalui Bahagian Perkhidmatan Mekanikal yang Di tempatkanDi Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.