sidr-main

Hidrologi

JPS  Dikemaskini pada CetakEmel


Apakah jenis data yang disediakan ?

Jatuhan hujan, pengewapan, paras air, keluaran sungai, keluaran enapan terapung dan kualiti air boleh didapati apabila terdapat permintaan. Berikut merupakan laporan piawai yang boleh diperolehi oleh pengguna: Jadual Kalender Bagi Rakaman Pemerhatian : Setiap Jam, Harian, Mingguan, Bulanan dan Tahunan. Jadual Kalender Untuk Pemerhatian Manual cth: Jatuhan hujan manual, paras air dan pengewapan ; Harian, Mingguan, Bulanan dan Tahunan. Senarai Statistik; ringkasan, pengedaran dan penghantaran

Adakah saya perlu membayar untuk data hidrologi dan bagaimana cara pembayarannya ?

Data hidrologi untuk projek kerajaan dan penyelidikan akademik diberi dengan percuma. Data hidrologi untuk Projek swasta seperti projek pembinaan rumah, tuntutan insuran, projek penambahan dan lain-lain projek yang serupa dicaj mengikut Yuran Ordinan.Pembayaran untuk data boleh dibuat dalam bentuk cek yang dibayar kepada Ketua Pengarah, JPS Malaysia atau tunai dalam RM.

Berapa lamakah saya perlu menunggu untuk mendapatkan data yang diperlukan ?

Berdasarkan kepada jumlah data yang diperlukan, data boleh dibekalkan kepada pengguna dalam tempoh masa sehari ke satu minggu .

Apakah tempoh terbaru bagi data yang diedarkan kepada pengguna ?

Data hidrologi dikumpulkan di stesen hidrologi oleh pekerja JPS negeri mengikut tempoh yang bergantung kepada jenis stesen. Data manual seperti jatuhan hujan, pengewapan dan peringkat sungai diperhati dan dikumpul oleh pemerhati. Untuk stesen automatik, carta atau log digunakan untuk merakam pemerhatian dan pekerja lapangan mengumpul alat tersebut mengikut tempoh mingguan atau bulanan. Pada peringkat JPS negeri, carta dan log diperiksa sebelum dihantar kepada bahagian Hidrologi Dan Sumber Air di ibupejabat JPS. Tempoh masa diantara penggumpulan data lapangan dan penghantaran ialah dari 2 minggu ke 1 bulan. Di bahagian Hidrologi, di ibupejabat JPS, manual, carta dan log data diperiksa, diproses, disimpan dan dipulangkan semula untuk diedarkan kepada pengguna. Untuk data enapan terapung dan keluaran, lengkuk kadar keluaran perlu diperbaharui secara tahunan kerana data paras air dan enapan terapung boleh digabungkan lengkuk kadar hidrologikal siri masa dalam data aliran dan keluaran enapan terapung. Dengan mengambil kira semua proses yang terlibat, sebagai panduan pengguna boleh menjangka kelewatan dalam memproses data berdasarkan jadual dibawah:

 Types of Data

 Data Terkini Berdasarkan Tarikh Aplikasi

 Jatuhan hujan manual, pengewapan and peringkat sungai

 1 ~3 bulan

 Keluaran sungai dan enapan terapung

 6 bulan ~ 1 tahun

 Kualiti air sungai

 3 bulan

Tetapi jika terdapat permintaan khas untuk sesuatu projek spesifik bagi menyediakan data dengan cepat, kelewatan boleh dikurangkan.

Adakah saya perlu datang secara individu untuk mendapatkan data?

Mengikut pengurusan terkini pengguna digalakkan datang secara individu untuk berjumpa Pegawai Yang Bertugas kerana mereka boleh memberikan nasihat mengenai jenis-jenis data dan maklumat yang boleh diperolehi oleh pengguna. Ia juga dapat membantu dalam pengisian borang permohonan serta membincangkan format keluaran dan menentukan media storan data yang memenuhi kehendak pengguna. Akan tetapi, kami juga melayan permintaan yang dibuat melalui telefon, email, fax atau surat.

Siapa saya perlu hubungi untuk mendapatkan data ?

Semua surat mengenai permohonan untuk data hidrologi harus dialamatkan kepada:


Bahagian Hidrologi Dan Sumber Air
Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia.
Km 7, Jalan Ampang
68000 Ampang, Kuala Lumpur

 (Tel: 03-42552672 | E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Di mana saya boleh dapatkan data banjir untuk rekabentuk  paras 'platform' ?

Berdasarkan laporan banjir yang dihantar oleh JPS negeri, satu inventori untuk merekod paras air banjir di stesen pengawasan yang ditetapkan diselenggara oleh Unit Aplikasi Hidrologi dari Bahagian Hidrilogi Dan Sumber Air. Tambahan pula, Rangkaian Nasional Stesen Aliran Sungai merekodkan paras air banjir yang maksimum. Oleh kerana ia jarang berlaku, seseorang perlu melaksanakan analisa hidrologikal dan hidrolik dalam menentukan paras air banjir di tapak projek.

jps   gov   1malay   terengganu   nre   jpa   mampu   msc   mdec   bpa