Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

PROGRAM MESRA TINJAU (WALKABOUT) KAWASAN HAKISAN PANTAI

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
13 Jun 2022 -Program Walkabout Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan KPKT Malaysia, YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib di tapak hakisan pantai di Kampung Kolam dan Kampung Tengah Telipot dan memberi ruang beliau mendekati rakyat di kawasan sekitar.
Persisiran pantai Negeri Terengganu sering kali berhadapan dengan bencana persisiran pantai seperti hakisan. Isu berkaitan dengan hakisan pantai merupakan antara perkara yang menjadi fokus dan perhatian di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam merancang pembangunan. Dengan itu, Ini selaras dengan falsafah KPKT yang telah berteraskan tiga falsafah iaitu merawat keresahan rakyat, membina semula keyakinan rakyat dan menepati ekspektasi rakyat
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Zainalfikry Bin Haji Daud, Pengarah Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Turut hadir sama YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dr. Haji Mamad bin Puteh (Dr Mamad Puteh), Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu,TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia, Tuan Haji Rosli bin Latif, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, YB Haji Bazlan bin Abd. Rahman, ADUN Batu Rakit,YB Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Ahli Parlimen Setiu.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Tingkat 6, Wisma Negeri, 20626 Kuala Terengganu


No. Tel  : 09 - 6220050 | 09-6233008
Email : jpstrg@terengganu.gov.my

Penafian:-Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

HITS PENGUNJUNG

Hari Ini 18

Minggu Ini 1202

Bulan Ini 2163

Jumlah 55639

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu