Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu telah mengadakan Bengkel Pemantapan Pengukuhan Jawatan bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Terengganu pada 29 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022 bertempat di Dewan Ombak Kapas Island Beach Resort, Pulau Kapas, Marang. Bengkel ini melibatkan seramai 40 orang pegawai seluruh JPS Negeri Terengganu.
Bengkel telah dirasmikan oleh Encik Khairul Azhan Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan JPS Negeri Terengganu selaku ketua urusetia bengkel ini. Tujuan bengkel ini diadakan untuk mengatasi masalah isu kekurangan kakitangan terutama di pentadbiran dan teknikal seluruh daerah dan selanjutnya dapat mengatasi beban tugas Jurutera Daerah yang semakin bertambah.
Jutaan Terima kasih kepada Zulmikhsyar bin Ghazali, Unit Pembangunan Operasi Bahagian Pengurusan sumber manusia, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Mohd Firhat Bin Ab. Rahman Penolong Pegawai Teknikogi Maklumat,Unit Pembangunan Operasi Bahagian Pengurusan sumber manusia SUK Terengganu selaku penceramah bagi bengkel ini.