Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

MAJLIS PELANCARAN PROJEK PEMULIHARAAN MUARA SG. DUNGUN, TRG

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 
YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air telah melancarkan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun, Kuala Dungun, Terengganu. Pelaksanaan projek ini melibatkan kos bernilai RM242.97 juta bermula pada 26 September 2022 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 54 bulan iaitu pada 25 Mac 2027.
Objektif utama projek ini adalah bagi mengatasi kejadian mendapan di muara Sungai Dungun yang tidak selamat untuk navigasi bot nelayan dan bot pelancongan ke Pulau Tenggol. Keadaan menjadi bertambah buruk semasa musim Monsun Timur Laut apabila angin kencang dan gelombang kuat menyebabkan kerosakan bot dan risiko kehilangan nyawa. Selain itu, pemendapan di muara sungai turut mengurangkan keupayaan sungai untuk mengalirkan air ke laut dan mengakibatkan banjir.
Semoga projek ini dapat membantu 500 buah bot berdaftar di muara Sungai Dungun menjalankan aktiviti perikanan dan pelancongan dengan selamat dan bebas daripada masalah kerosakan bot dan seterusnya dapat menjana ekonomi tempatan. Risiko banjir pantai juga akan dapat dikurangkan melibatkan hampir 5,000 penduduk tempatan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Tingkat 6, Wisma Negeri, 20626 Kuala Terengganu


No. Tel  : 09 - 6220050 | 09-6233008
Email : jpstrg@terengganu.gov.my

Penafian:-Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

HITS PENGUNJUNG

Hari Ini 9

Minggu Ini 1193

Bulan Ini 2154

Jumlah 55630

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu