Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK LALUAN REL KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL) DI DAERAH KEMAMAN.

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 
8 Jan 2023 - Lawatan Kerja Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti & Teknologi Hijau, YB Dr Mamad Puteh ke Tapak Projek Laluan Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL) di Daerah Kemaman.
Antara yang hadir dalam sesi lawatan ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Perpaduan Nasional (Merangkap ADUN Kawasan Cukai), YB HAJI HANAFIAH MAT, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti & Teknologi Hijau, YB Ir Saiful Azmi Suhaili (merangkap ADUN Kawasan Kemasik), ADUN Kawasan Air Putih, YB Hj. Ab. Razak bin Ibrahim, Pegawai Daerah Kemaman, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, YBrs. Haji Ahmad Nazwawi bin Harun.
JPS Negeri Terengganu diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan), YBrs. Encik Osman bin Abdullah dan diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah, Encik Wahiddin bin Mohd Amir dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Kemaman, Pn. Noraini bin Yussof.
Antara tempat yang dilawati adalah di Kg. Pasir Minal, Taman Seroja, Paya Seratus dan Damansara Kertih.
Selepas sesi lawatan tapak, semua yang terlibat membuat perbincangan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Khidmat Mesyuarat DUN Kemasik.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Tingkat 6, Wisma Negeri, 20626 Kuala Terengganu


No. Tel  : 09 - 6220050 | 09-6233008
Email : jpstrg@terengganu.gov.my

Penafian:-Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

HITS PENGUNJUNG

Hari Ini 6

Minggu Ini 1190

Bulan Ini 2151

Jumlah 55627

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu