TINJAUAN LOKASI HAKISAN PANTAI DI PULAU BIDONG DAERAH KUALA NERUS
- Posted By Super User
- Berita
19 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, YBrs. Tuan Haji Hanizan Bin Deramantelah meninjau lokasi hakisan pantai di Pulau Bidong Daerah Kuala Nerus.
Dalam masa yang sama, pihak Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu dengan kerjasama Muzium Negeri Terengganu telah menjalankan program pelepasan burung merak dan ayam hutan di Pulau Bidong.
Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut Pengarah, Lembaga Muzium Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Che Muhamad Azmi Bin Ngah, Ketua Penolong Pengarah BPME Encik Mohd Zul Atfi Bin Zainuddin, Jurutera Daerah Kuala Nerus, Perhilitan dan kakitangan sokongan.