LAWATAN KE STESEN HIDROLOGI DAERAH BESUT
- Posted By Super User
- Berita
Penglibatan YB Dr Mamad Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu dalam Program CSR Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka, Kuala Besut dan Lawatan ke Stesen Hidrologi Daerah Besut pada 29 Disember 2022, Khamis.
YB EXCO diiringi oleh Pengarah JPS Negeri Terengganu, YBrs. Tuan Hj. Hanizan bin Deraman dan Jurutera Daerah JPS Daerah Besut, YBrs. En. Abdullah bin Awang.
Taklimat berkaitan Program Ramalan & Amaran Banjir (PRAB) di Stesen Hidrologi Kg. Bekok, Kg. La & Kg. Keruak, Besut disampaikan oleh Penolong Jurutera (Unit Pengurusan Sumber Air & Hidrologi) JPS Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohammed Nordin bin Sulong.