LAWATAN UNTUK PERSEDIAAN MENGHADAPI MONSON TIMUR LAUT (MTL) 2022/2023 PERINGKAT DAERAH
- Posted By Super User
- Berita
7 Disember 2022 - Bahagian Hidrologi Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu yang di wakili oleh Encik Mohammed Nordin Bin Hj. Sulong mengiringi rombongan Lawatan untuk Persediaan Menghadapi Monson Timur Laut (MTL) 2022/2023 Peringkat Daerah JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU.
Lawatan ini telah diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Anuar Bin Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri bersama Anggota Sektor KPAS ke Stesen Siren Pengkalan Ajal, Sungai Berang pada pagi tadi.
Lawatan ini diadakan adalah untuk memastikan setiap Daerah yang berisiko dalam kesiapsiagaan dan sentiasa bersedia menghadapi Banjir MTL 2022/2023.