LAWATAN TAPAK KE PROJEK PEMULIHARAAN DAN MENAIKTARAF SUNGAI CEPUH DAN PENGAWALAN HAKISAN PANTAI DI PANTAI MARANG
- Posted By Super User
- Berita
4 Disember 2022 - Lawatan Tapak Ke Projek Pemuliharaan dan Menaiktaraf Sungai Cepuh serta Kerja-kerja Berkaitan Mukim Telemong, Daerah Telemong, Hulu Terengganu serta lawatan tapak ke Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Pantai Marang.
Lawatan ini bertujuan memantau kemajuan kerja di tapak dan membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan projek.
Lawatan ini telah dihadiri YBrs. Haji Zainalfikry Haji Daud, Pengarah Bahagian Pengurusan Zon Pantai Jabatan Pengairan dan Saliran - JPS dan diiringi oleh YBrs. Encik Osman Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pembangunan, Cik Nor Hamiza Binti Awang, Jurutera Daerah Hulu Terengganu, Ir. Ahmad Tarmizi Bin Mat Taib, Jurutera Projek UPPTerengganu serta Penolong-Penolong Jurutera.