LAWATAN KE TAPAK CADANGAN PROJEK PEMULIHARAAN MUARA SUNGAI IBAI, KUALA TERENGGANU
- Posted By Super User
- Berita
Sekitar lawatan ke tapak Cadangan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Ibai, Kuala Terengganu oleh YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Kementerian Alam Sekitar Dan Air bersama YBrs. Dato Ir Dr Mohd Nasir Md Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Objektif projek bagi memastikan kecetekan muara dapat diatasi dan muara tidak lagi tertutup. Menjamin nelayan untuk keluar ke laut untuk menangkap ikan. Terlaksananya projek ini dapat meningkatkan sektor perlancongan dan aktiviti sukan dan riadah. Dapat meningkatkan ekonomi dan kehidupan sosial penduduk.
Cadangan projek ini telah di Peringkat akhir dalam penyediaan dokumen tender. Jangka tender pada pertengahan november 2022 ini.
Turut hadir YBrs. Dr. Ching Thoo A/L Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air & Pembetungan) KASA, YBrs. Tuan Haji Hanizan Bin Deraman, Pengarah JPS Terengganu, YBrs. Encik Osman Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pembangunan, Ir. Steven Poh Tze Wei, Jurutera Daerah Kuala Terengganu, YB Dr Mamad Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, YB Haji Muhammad Khalil Abdul Hadi, ADUN Batu Buruk serta pegawai-pegawai kanan JPS & KASA.