LAWATAN YBM KASA KE PINTU AIR TOK ADIS
- Posted By Super User
- Berita
Lawatan YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Kementerian Alam Sekitar Dan Air bersama YBrs. Dato Ir Dr Mohd Nasir Md Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia ke Pintu Air Tok Adis dan Stesen Hidrologi JPS.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan penerangan daripada JPS Terengganu berkaitan persiapan kesiapsiagaan menghadapi Monson Timur Laut (MTL) termasuk Operasi Pintu Air dan Pam Bergerak JPS dan status sistem telemetry yang telah dipasang di Terengganu.
Turut sama hadir, YBrs. Dr. Ching Thoo A/L Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air & Pembetungan) KASA, YBrs. Tuan HAJI Hanizan Bin Deraman, Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu, YB Dr Mamad Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, YB Haji Muhammad Khalil Abdul Hadi, ADUN Batu Buruk dan wakil-wakil bilik Gerakan banjir Negeri Terengganu.