HARI KEBANGSAAN 2022 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
- Posted By Super User
- Berita
31 Ogos 2022 - Seramai 45 orang Warga JPS Terengganu dari pelbagai Daerah Dan Bahagian diketuai oleh Encik Khairul Halizan Bin Abu Bakar telah menyertai perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-65 yang diadakan di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Dengan Lengkap berpakaian tradisi berbaju melayu hijau, bersamping dan bertanjak, mereka berkumpul seawal jam 5:00 Pagi di ibu pejabat JPS Terengganu.
"Di ucapkan berbanyak Terima kasih kepada Semua yg berkerjasama dalam menyumbang tenaga,penat lelah selama sebulan ni samada terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini." YBrs.Tuan Haji Hanizan Bin Deraman, Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu.
Turut hadir mengiringi Pengarah, YBrs. Encik Khairul Azhan Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan.