PROGRAM HAND-ON RIVER SURVERYOR SONTEK
- Posted By Super User
- Berita
JPS Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Hands-On River Suveryor Sontek Di Tempat Pengambilan Pasir Sungai yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai dan Kakitangan JPS dan Jabatan Kerajaan berkaitan berkenaan tatacara penggunaan alat River Suveryor Sontek.
Antara fungsi utama peralatan ini antara lainnya adalah untuk menyukat kadaralir sungai. Walau bagaimanapun, alat ini juga turut berkemampuan untuk melaksanakan fungsi pengukuran keratan rentas untuk memperolehi profil sungai secara "Real Time Data".
Program ini diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan), YBrs. En. Osman bin Abdullah dan disertai oleh wakil Pejabat Tanah & Galian Negeri Terengganu (PTG), Unit Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN), Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) dan semua JPS Ibu Pejabat & Daerah Negeri Terengganu.
Taklimat dan tatacara pengendalian alat tersebut disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sumber Air & Hidrologi, JPS Ampang, YBrs. En. Mohd Eizam bin Yusof dan Pegawai Hidrologi Negeri JPS Negeri Terengganu, YBrs. Hj. Shukri bin Mamat.
Semoga program ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada semua peserta dalam menjaga khazanah alam dan kelestarian alam sekitar.