LAWATAN TAPAK KE HAKISAN PANTAI PULAU BIDONG
- Posted By Super User
- Berita
18 April 2022 - Satu Lawatan Tapak Ke Hakisan Pantai Pulau Bidong, Kuala Nerus telah diadakan bagi menilai kos pembaikian Hakisan Pantai serta kompenan-kompenan lain yang berkaitan di Pulau tersebut.
Turut sama menyertai lawatan Encik Osman Bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Encik Mohd Zul Atfi Bin Zainudin, Ketua Penolong Pengarah BPME, YBrs. Tuan Haji Che Muhamad Azmi Bin Ngah, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Encik Shukri Bin Shamsuddin, Jurutera Daerah Kuala Nerus dan Pegawai-pegawai.