27 Februari 2023 - Bengkel Pengurusan Rekod dan Pelupusan Fail Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu telah diadakan selama 2 hari bermula 27 Februari 2023 hingga 28 Februari 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Tingkat 2, Wisma Negeri, Kuala Terengganu. Kursus ini telah dikendalikan Oleh Pegawai Arkib Negara Negeri Terengganu, Puan Saidatul Nor Rafizah Wan Teh dan Puan Bonnyta Bujang. Seramai 40 orang peserta daripada kakitangan di seluruh Daerah dan bahagian.

BENGKEL PENGURUSAN REKOD DAN PELUPUSAN FAIL
- Posted By Super User
- Berita
Di harap dengan bengkel ini Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu akan memenuhi pra-syarat untuk mewujudkan sistem Prekodan Elektronik yang menjadi akan pemacu kepada JPS Negeri Terengganu dalam menuju Industri Revolusi 4.0 (IR4) sebagaimana hasrat kerajaan masa kini