Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGAJIAN PENYELAMATAN AKADEMI BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
23 November 2023 - Puan Nadiah Binti Abd. Kadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan 2 pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan PgKB 1 John Sagun Francis, Ketua Pengajian Penyelamatan Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang, Terengganu bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat.
Taklimat dan persediaan JPS dalam kesiapsiagaan Monsoon Timur Laut (MTL) telah disampaikan Ir. Puan Wan Norshuhada Binti Wan Khairuddin, Pegawai Sumber Air dan Hidrologi Negeri Terengganu. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah pegawai-pegawai Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur dan pegawai-pegawai JPS.
Kunjungan ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur dengan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu di samping membincangkan mengenai persiapan antara jabatan ini dalam kesiapsiagaan menghadapi Monsoon Timur Laut (MTL).

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Tingkat 6, Wisma Negeri, 20626 Kuala Terengganu


No. Tel  : 09 - 6220050 | 09-6233008
Email : jpstrg@terengganu.gov.my

Penafian:-Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

HITS PENGUNJUNG

Hari Ini 134

Minggu Ini 720

Bulan Ini 2560

Jumlah 45636

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu