4 Julai 2024 - Lawatan tapak Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Pantai Kuala Nerus, Terengganu oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBrs. Encik Amisam Bin Ismail telah diadakan di Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kuala Nerus, Terengganu.
Lawatan ini bertujuan memantau kemajuan kerja serta mengenalpasti isu-isu penting dalam pelaksanaan kerja di tapak. Skop utama projek adalah pembinaan breakwater sebanyak 16 Nos dan memulihkan jajaran pantai disepanjang 2 kilometer.
Turut sama YBrs. Ir. Ts. Osman Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS, YBrs. Encik Mohd Kamaruzaini Bin Ismail, Timbalan Pengarah Pembangunan JPS Terengganu, YBrs. Ir. Arman Bin Mokhtar, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Encik Mohd Tarmizi Bin Mohamad Yusof, Penolong Pengarah Kanan Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Terengganu UPPPT dan pegawai-pegawai JPS serta pegawai-pegawai GPQ Sdn Bhd.
Diharapkan dengan adanya lawatan ini dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai permasalahan hakisan yang berlaku dan langkah-langkah yang sedang diambil untuk menangani masalah hakisan pantai bagi memastikan kelestarian alam sekitar. Semoga lawatan ini memberi manfaat dan menambah pemahaman semua tentang pentingnya usaha pemeliharaan dan pemuliharaan pantai.