Majlis Penyerahan Kerja Siap bagi Projek Naiktaraf Sistem Mekanikal dan Elektrikal telah diadakan di Ampang Jajar Besut, IADA KETARA.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Timblan Ketua Pengarah, Sektor Pakar Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS, Dato' Ir. Rozman bin Mohamad kepada Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Yang Berbahagia Tuan Haji Norazli bin Indzam.
Turut hadir ialah YBrs. Ir. Ts. Hajah Hapida binti Ghazali, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia, YBrs. Ir. Yuslina binti Hj. Mohd. Sani, Pengarah Pengairan dan Saliran Pertanian KPKM, YBrs. Ir. Ts. Osman bin Abdullah Pengarah Pengairan dan Saliran Terengganu, Puan Nur Arina binti Ismail, Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Padi KPKM.
Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Mekanikal Dan Elektrikal Serta Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Ampang Jajar Besut, IADA Ketara, Terengganu ini merupakan satu inisiatif Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan komponen mekanikal dan elektrikal dalam Ampang Jajar Besut ini berada dalam keadaan cekap, siapsaga dan dapat berfungsi dengan baik bagi mengairi kawasan pertanian IADA KETARA.
Pelaksanaan projek ini telah diberi kepercayaan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia untuk dilaksanakan di bawah projek AP182 yang mana ianya telah mula dilaksanakan pada 7 Disember 2022 dan telah siap sepenuhnya pada 25 Februari 2024 dengan kos sebanyak RM4.6 juta.
Β