8 September 2024 - Satu sesi pengauditan yang bertemakan Perubahan Iklim iaitu Pengurusan Pemuliharaan Pesisir Pantai dan Pengurusan Program Mitigasi Banjir akan dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu bermula pada 8 hingga 12 September 2024.
Sesi pembukaan pengauditan dijayakan oleh YBrs.Ir.Ts.Osman Bin Abdullah, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu. Pasukan Jabatan Audit Negara (JAN) yang terdiri daripada 2 pasukan ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Y. Hamdan Bin Mohd Dom, Pengarah Audit Bahagian I.
Turut sama hadir pegawai-pegawai Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Terengganu UPPPT,Pegawai-pegawai kanan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu, Jurutera-Jurutera Daerah dan wakil-wakil JPS Daerah.
Diharapkan proses audit ini dapat berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.