9 September 2024 - Sesi pengauditan Pengurusan Pemuliharaan Pesisir Pantai oleh Jabatan Audit Negara (JAN) yang telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Y Hamdan bin Mohd Dom, Pengarah Audit Bahagian I. Lawatan ini bertujuan menilai keberkesanan projek-projek dalam mengatasi masalah hakisan pantai yang kritikal di kawasan pantai Kuala Nerus.
Turut sama Encik Asraf Bin Omar, Ketua Penolong Pengarah Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Terengganu UPPPT, Puan Nadiah Binti Abd. Kadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan II, Puan Aisyah Binti Abu Bakar, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Nerus dan pegawai-pegawai JPS.