28 September 2024 (Sabtu)
Ir. Ts. Muhammad Zulhusni bin Che Razali, Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Dungun, bersama kakitangan JPS Daerah Dungun, telah menghadiri Program Hari Cuci Malaysia: Program Pembersihan Mega Sempena World Clean Up Day 2024. Program yang dirasmikan oleh YB Parlimen Dungun, YB Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli. Program ini turut dihadiri oleh YB DUN Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin bin Tengku Md Fauzi. Program diadakan di Pantai Teluk Lipat, Dungun dan dilaksanakan secara serentak di Seluruh Malaysia.
Acara ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi dalam menjaga kebersihan alam sekitar, malah menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha bersama ke arah kesejahteraan dan kelestarian komuniti.