Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
29 Mei 2024 - Kini sedang berlangsung Bengkel “Stakeholder Engagement No. 2” bagi Penyedian Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Terengganu, Terengganu.
Ucapan alaun disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia YBrs. Ir. Pn. Zaliffah binti Ayop. Turut sama hadir Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, YBrs. Ir. Dr. Hafizul Aimme bin Che Hamid.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah, YBrs. Pn. Nadiah binti Abd Kadir dan Penolong Jurutera Tinggi, YBrs. Hj. Wan Hussain bin Abdullah.
Pembentangan daripada Jurutera Perunding adalah dari G&P Professionals Sdn. Bhd.
Bengkel bersama pihak berkepentingan sehingga 13 Mei 2023 ini bertujuan untuk membentangkan hasil kajian dan draf Pelan IRBM bagi Lembangan Sungai Terengganu. Pelan IRBM ini merangkumi strategi dan pelan tindakan dalam menangani isu-isu yang dihadapi di dalam lembangan. Bengkel ini juga diadakan untuk mendapatkan maklumbalas daripada setiap pihak berkepentingan bagi penambahbaikan dan perincian pelan-pelan yang telah dibentang.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Tingkat 6, Wisma Negeri, 20626 Kuala Terengganu


No. Tel  : 09 - 6220050 | 09-6233008
Email : jpstrg@terengganu.gov.my

Penafian:-Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

HITS PENGUNJUNG

Hari Ini 24

Minggu Ini 385

Bulan Ini 856

Jumlah 47220

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu