PROGRAM SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2024
- Posted By Super User
- Berita
20 Ogos 2024- Program Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2024 telah diadakan pada hari ini bertempat di Kalang Warisan, Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu.
Program Ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Turut mengiringi Yang Berhormat Mulia, YBrs. Ir. Ts. Osman Bin Abdullah, Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu, YBrs. Tuan Haji Ir. Mohamad Mohyddin Bin Mohd Noor, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Terengganu, YBrs. Encik Azran Amin Bin Mazlan, Pegawai Daerah Kuala Terengganu Pejabat Daerah & Tanah Kuala Terengganu dan YBrs. Encik Mohd Nasir Bin Kassim, Timbalan Pengarah (Sektrol) Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu - UPEN.
Sambutan Hari Sungai Sedunia kali ini diadakan dengan kerjasama komuniti Kalang Warisan dan juga Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Terengganu. Pelbagai acara sampingan seperti menanam pokok, kaunter pemeriksaan Kesihatan, membeli minyak terpakai oleh syarikat Sally Global Enterprise, memasak bubur asyura, membakar kuih tradisional Terengganu "Nganang" dan pelbagai lagi aktiviti sampingan bersama komuniti setempat.
Semoga Sambutan Hari Sungai Sedunia pada tahun ini dapat menyemai dan meningkatkan kesedaran diantara kita semua untuk sama-sama lebih menjaga dan mencintai sungai yang dianugerahkan ini secara lestari demi manfaat kita bersama.
Foto ihsan daripada Syamim/ Korporat Suk Terengganu