9 Julai 2023 l Ahad
Lawatan ke Projek Pemuliharaan Muara Sungai Setiu dan Projek Tebatan Banjir dan Sistem Pencegahan Hakisan Pantai UMT bersama YB Dr Mamad Puteh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah bagi meninjau dan memantau pelaksanaan projek serta berbincang berkenaan isu - isu yang timbul berkaitan pelaksanaan projek.
Turut hadir sama pada sesi lawatan ini adalah Tuan Haji Ir. Hanizan Bin Deraman, Pengarah JPS Terengganu, Jurutera Projek UPPP Encik Sabri Bin Sidek serta pegawai dan kakitangan JPS terengganu.
Diharapkan dengan terlaksana projek ini, objektif projek dapat dicapai dan seterusnya inspirasi serta harapan penduduk tempatan akan dapat dipenuhi dan diselesaikan.