17 Julai 2023 - Yang Berhormat Dr Mamad Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau telah mengadakan lawatan ke Projek Pemuliharaan Muara Sg Setiu dan ke Projek Pengawalan Hakisan di Pantai Marang dan Projek Pemuliharaan Muara Sg Merchang.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah bagi meninjau dan memantau pelaksanaan projek serta berbincang berkenaan isu - isu yang timbul berkaitan pelaksanaan projek.
Turut hadir sama pada sesi lawatan ini adalah Tuan Hj Ir. Hanizan Bin Deraman, Pengarah JPS Terengganu, Jurutera Projek Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Terengganu UPPPT, En Sabri Bin Sidek serta pegawai dan kakitangan JPS Terengganu. Diharapkan dengan terlaksana projek ini, objektif projek dapat dicapai dan seterusnya inspirasi serta harapan penduduk tempatan akan dapat dipenuhi dan diselesaikan.