Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

LAWATAN TAPAK KE PROJEK PENGAWALAN HAKISAN PANTAI KUALA NERUS

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
28 Februari 2024 - Lawatan Tapak ke Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kuala Nerus telah diadakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS iaitu Yang Berbahagia Mejar (K) Dato' Ir. Dr. Haji Ahmad Anuar bin Othman. Lawatan tapak ini diadakan juga bersempena dengan lawatan kerja rasmi Ketua Pengarah ke Negeri Terengganu pada kelmarin.
Turut mengiringi lawatan ini Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) iaitu YBrs. Ir. Amiruddin Bin Alaldin, Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu, Ir. Haji Hanizan Bin Deraman serta pegawai dan kakitangan daripada JPS Negeri Terengganu, Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Terengganu UPPPT dan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Nerus.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah bagi memantau dan menilai pelaksanaan projek di tapak serta mengenalpasti isu pelaksanaan kerja ditapak agar projek dapat disiapkan mengikut sebagaimana yang telah dirancang.
Diharapkan dengan terlaksana projek ini, objektif projek dapat dicapai dan seterusnya inspirasi serta harapan penduduk tempatan akan dapat dipenuhi dan diselesaikan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Tingkat 6, Wisma Negeri, 20626 Kuala Terengganu


No. Tel  : 09 - 6220050 | 09-6233008
Email : jpstrg@terengganu.gov.my

Penafian:-Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

HITS PENGUNJUNG

Hari Ini 134

Minggu Ini 720

Bulan Ini 2560

Jumlah 45636

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu