Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI 2024-2029 DAN SAMBUTAN HARI INOVASI JPS TERENGGANU 2024

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
Majlis Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi 2024-2029 dan Sambutan Hari Inovasi JPS Terengganu 2024 telah diadakan di Dewan Utama, Ar-Riyadah Residence, Kuala Nerus pada 30 April 2024.
Sesi ceramah integriti telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Masyarakat Sprm Terengganu Encik Ahmad Fauzan bin Muhamad. Intipati ceramah adalah menekankan kepada isu-isu integriti yang sering terjadi khususnya di kalangan penjawat awam. Beliau turut berkongsi pengalaman mengenai kes-kes melibatkan integriti yang pernah dihadapi.
Sambutan pada hari ini juga digabungkan sekali dengan Hari Inovasi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu yang mana telah dibangunkan bermula dari tahun 2010 sebagai satu pendekatan terancang dan bersistematik dalam melaksanakan dan meneruskan agenda pembudayaan inovasi di Jabatan.
Majlis ini telah dirasmikan Oleh Yang Berbahagia Dato' Ab. Rasid Bin Jusoh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Operasi) Kerajaan Negeri Terengganu dan diiringi Yang Berusaha Tuan Sofian Bin Haroon, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Sprm Terengganu, Yang Berbahagia Dato’ Haji Hadi Bin Hassan, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Manusia dan Integriti) Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berusaha Encik Mohd Kamaruzaini Bin Ismail, Timbalan Pengarah Pembangunan JPS Terengganu, Yang Berusaha Encik Khairul Azhan Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan JPS Terengganu dan Ir. Surdiman Zahuri bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Terengganu.
Hadir sama Ir.Ts. Muhammad Afif bin Halim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia serta semua jurutera-jurutera daerah, Kakitangan JPS Terengganu dan dif-dif terhormat.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Tingkat 6, Wisma Negeri, 20626 Kuala Terengganu


No. Tel  : 09 - 6220050 | 09-6233008
Email : jpstrg@terengganu.gov.my

Penafian:-Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

HITS PENGUNJUNG

Hari Ini 41

Minggu Ini 402

Bulan Ini 873

Jumlah 47237

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu