Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

Sambutan Air Sedunia (HAS) 2024

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
11 Mei 2024 - Program Sambutan Air Sedunia (HAS) 2024 Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dengan bertemakan "Water For Peace" di Sungai Derhaka, Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, YBrs. Ir. Hanizan bin Deraman.
Sambutan Hari Air Sedunia 2024 disambut bersama komuniti Kampung Sungai Derhaka, Kuala Terengganu dengan kerjasama Malaysia Rail Link (MRL) Sdn.Bhd dan China Communication Construction Company (CCCC) Sdn. Bhd. Seksyen 3, Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu & Komuniti Kampung Sungai Derhaka, Kuala Terengganu dalam Program Tanggangjawab Sosial Korporat / Corporate Social Responsibility (CSR) Pemuliharaan Sungai Derhaka, Kuala Terengganu bersempena Sambutan Hari Bumi Sedunia.
Turut hadir dalam program ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Rail Link Sdn. bhd, Yang Berbahagia Dato' Sri Darwis bin Abdul Razak, Deputy Projek Director China Communications Construction Company (CCCC) Sdn. Bhd., Chen XuTao, Pegawai Daerah Pejabat Daerah & Tanah Kuala Terengganu Yang Berusaha En. Azran Amin bin Mazlan, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, YBrs. Encik Mohd Kamaruzaini bin Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri, Terengganu YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, YBrs. Puan Nadiah binti Abd. Kadir, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Terengganu, YBrs. Encik Azril Fitri bin Zaabah, Penghulu Mukim Bukit Besar, YBrs. Encik Shaharuddin bin Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Derhaka, YBrs. Sharifuddin bin Abd Wahab.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah menanam anak pokok nipah di tebing Sungai Derhaka, membaling bebola lumpur/mudball ke dalam Sungai Derhaka, kiosk membeli minyak masak terpakai untuk dikitar semula biodiesel oleh syarikat Sally Global Enterprise & gerai pameran berkaitan Amalan Pengurusan Terbaik / Best Management Practices (BMPs) bagi melestarikan Alam Sekitar dan Penjagaan Sumber Air.
Sambutan Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun dan adalah menjadi acara tahunan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1993. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan membaharui tekad semua lapisan rakyat di dunia untuk menangani isu-isu berkaitan air melalui pelan strategik dan pelaksanaan tindakan oleh setiap negara di seluruh dunia. Sambutan Hari Air Sedunia ini adalah bertujuan untuk memenuhi sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals), yang dilancarkan pada 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu bagi memastikan setiap individu mempunyai akses kepada air bersih pada tahun 2030, menjadikan air sebagai isu utama dalam usaha untuk membasmi kemiskinan tegar.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Tingkat 6, Wisma Negeri, 20626 Kuala Terengganu


No. Tel  : 09 - 6220050 | 09-6233008
Email : jpstrg@terengganu.gov.my

Penafian:-Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

HITS PENGUNJUNG

Hari Ini 22

Minggu Ini 383

Bulan Ini 854

Jumlah 47218

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu