Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Terengganu telah melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf Pintu Air Manir Kuala Terengganu bagi meningkatkan kecekapan mengawal banjir.
Skop kerja projek ini ialah menaiktaraf pintu air manual kepada sistem elektrik, penggantian pintu air jenis kayu kepada steel, pemasangan flap gate dan penstabilan tebing sungai.