Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Terengganu telah melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf Pintu Air Teluk Pasu Kuala Terengganu bagi meningkatkan kecekapan mengawal banjir.
Skop kerja projek ini ialah menaiktaraf pintu air manual kepada sistem elektrik, dan penggantian pintu air jenis kayu kepada steel.