Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
23 Oktober 2024 - Program Communication, Education, and Public Awareness (CEPA) bagi Sistem Ramalan dan Amaran Banjir Fasa 2 telah diadakan untuk petugas di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir bertempat di Quinara Al-Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Nerus. Sesi pembentangan pertama disampaikan oleh Pegawai Hidrologi Negeri, Encik Mohd Nohakhim Bin Noh, yang memberi fokus kepada aspek teknikal dan operasional sistem ramalan tersebut.
Objektif program CEPA ini adalah memperkukuhkan kesedaran komuniti berkaitan hebahan amaran banjir, meningkatkan penglibatan orang awam dalam program kesedaran awam dan mendidik komuniti berkaitan sikap ambil berat berkenaan peralatan pemantauan banjir.
YBrs. Ir. Ts. Osman Bin Abdullah, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu, turut hadir dan memberikan kata-kata aluan serta penekanan terhadap pentingnya persiapan awal dan peranan petugas dalam memastikan keberkesanan amaran banjir bagi melindungi nyawa dan harta benda sekaligus merasmikan program ini.
Program ini melibatkan semua petugas Pusat Ramalan dan Amaran Banjir JPS Negeri Terengganu dan juga Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu 2024/2025 iaitu seramai lebih kurang 60 orang. Antara lain program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran petugas dalam menyediakan pelaporan menggunakan sistem pemantauan data lebat hujan dan aras sungai secara real time.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Tingkat 6, Wisma Negeri, 20626 Kuala Terengganu


No. Tel  : 09 - 6220050 | 09-6233008
Email : jpstrg@terengganu.gov.my

Penafian:-Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

HITS PENGUNJUNG

Hari Ini 140

Minggu Ini 779

Bulan Ini 1740

Jumlah 55216

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu