Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
6 Oktober 2024 - Satu lawatan tapak ke Projek Pemuliharaan Muara Sungai Setiu telah diadakan bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu, YBrs. Ir. Ts. Osman Bin Abdullah. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memantau serta menilai pelaksanaan kemajuan kerja ditapak serta mengenalpasti isu - isu yang dihadapi ditapak.
Lawatan ini juga turut dihadiri oleh Jurutera Projek UPPP Terengganu, Encik Mohd Sabri Bin Sidek serta pegawai - pegawai dari Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Terengganu UPPPT. Turut hadir pada sesi lawatan ini adalah wakil daripada Bahagian Pembangunan II JPS Negeri Terengganu, Encik Mohd Nohakhim Noh, wakil pihak perunding dan wakil kontraktor, Potensi Cekal Sdn Bhd.
Diharapkan projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan dan hasrat rakyat terhadap projek ini dapat dipenuhi.
Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Terengganu (UPPPT) ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang sesi lawatan ini berlangsung.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Tingkat 6, Wisma Negeri, 20626 Kuala Terengganu


No. Tel  : 09 - 6220050 | 09-6233008
Email : jpstrg@terengganu.gov.my

Penafian:-Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

HITS PENGUNJUNG

Hari Ini 9

Minggu Ini 807

Bulan Ini 1768

Jumlah 55244

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu